Isnin, 12 Disember 2011



PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW TERBUKA PEDALAMAN BAWAH ANJURAN BELIA KG. KLIAS KECIL BEAUFORT.

·         Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan daripada Bahagian Pedalaman Bawah (Beaufort, Sipitang,Membakut,Kuala Penyu dan Menumbok).

Tarikh : 24 dan 25 Disember 2011
Masa : 7.30 Pagi
Tempat : Dewan serbaguna Sri Pertayu, Kg. Kota Klias Beaufort.

·         Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 40.00 setiap pasukan.
·         Hadiah pertandingan :-
Johan                      : RM 500.00
Naib Johan             : RM 400.00
Ketiga                     : RM 250.00
Keempat                : RM 150.00
Pemain terbaik

·         Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Disember 2011 (Jumaat)
·         Cabutan undi untuk perlawanan akan dibuat pada 23 Disember bertempat di Dewan Sri Pertayu, Kg.Kota Klias pada jam 2.30 Petang.
·         Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada:-

                                                         I.            Faizul ( 019-532 0772)
                                                        II.            Nezwan @ Andy (014-621 0503)
                                                      III.            Fairuz ( 019-582 1234)

·        
·         Sistem pertandingan “Double Knock Out”. ( Pindaan boleh dibuat oleh penganjur)
·       










SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
SISTEM KIRAAN MATA


  • ·         Menggunakan kiraan baru iaitu kiraan 15 mata untuk setiap set.
  • ·         Hanya menggunakan 3 set untuk setiap perlawanan.
  • ·         Setiap perlawanan ( Regu) dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) di mana regu yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira  memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.
  • ·         Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan minimum dua (2) mata.
  • ·          Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.
  • ·         Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ).
  • ·         Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman ’lanjutan mata 17’
  • ·         Dalam set 3 (acara Regu) tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat
  • mata ke 8.
  • ·         Sistem perlawanan menggunakan 3 set ini telah diluluskan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan telah diguna pakai dalam kejohanan besar seperti kejohanan Sepaktakraw Piala KFC Utusan baru-baru ini.

PEMAIN GANTIAN

  • ·         Mana-mana pemain yang telah bermain atau disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu, tidak dibenarkan bermain dalam regu yang lain di dalam pertandingan yang sama.
  • ·         Gantian pemain boleh dibenarkan pada bila-bila masa dengan permintaan Pengurus Pasukan / Jurulatih Rasmi kepada Pengadil semasa bola tidak di dalam permainan.
  • ·         Setiap regu boleh menamakan maksimum dua (2) orang pemain simpanan bagi setiap perlawanan di samping 3 pemain yang sedia ada. Setiap Regu dibenarkan membuat maksimum dua (2) kali pertukaran bagi setiap set.
  • ·         Semua pertukaran pemain hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengadil Rasmi dan pertukaran hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana Pengadil bertugas nampak semasa pertukaran pemain dilakukan. Pertukaran pemain boleh dilakukan apabila antara kiraan mata telah dijalankan atau semasa permulaan set.
  • ·         Satu (1) atau lebih pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama.
  • ·         Jika Regu memulakan set dengan pemain yang berbeza dari set yang sebelumnya, maka dianggap pertukaran telah dilakukan untuk set yang baru.
  • ·         Setiap regu dibenarkan membuat pertukaran pemain atas sebab kecederaan. Sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran pemain telah dilakukan , maka perlawanan dihentikan dan regu ini dianggap kalah.
  • ·         Mana-mana regu yang mempunyai kurang daripada 3 orang pemain tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan dianggap kalah.
  • ·         Jika pemain diperintah keluar gelanggang (dikenakan kad merah) maka regu tersebut dibenarkan membuat pertukaran pemain sekiranya kedua-dua pertukaran masih belum  dilakukan di dalam set tersebut. Jika kedua-dua pertukaran telah dilakukan dalam set tersebut, maka perlawanan akan ditamatkan dan regu pemain yang dikenakan kad merah dianggap kalah.

REHAT (TIME-OUT)

  • ·         Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.
  • ·         Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan.
  • ·         Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan.
  • ·         Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatic

PERKARA-PERKARA BATAL
Pihak Sepak Mula

  • ·         Apit yang membuat campakan, memain – mainkan bola ( menghempas, mencampak dan lain – lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.
  • ·         Mana – mana Apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
  • ·         Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
  • ·         Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya.
  • ·         Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
  • ·         Pemain menggunakan tangan atau lain – lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh lain objek bagi membantu melakukannya.
  • ·         Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.
Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula.

  • ·         Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.
Kedua-dua Pihak Semasa Permainan.

  • ·         Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa „follow –through‟.
  • ·         Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara kedua – dua paha / kaki atau badan.
  • ·         Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
  • ·         Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
  • ·         Mana – mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.

Rabu, 30 November 2011

kasut takraw untuk dijual (baru)


Jenama : Nanyang 
Warna : Putih, hitam dan coklat.
Harga : RM65.00
Saiz : 7-9
sementara stok masih ada.



Nanyang hitam



Nanyang Putih.

ISTAF SUPER SERIES KINI DI SABAH.

ISTAF Super Series yang sebelum ini akan dilangsungkan di Terengganu telah ditukar ke Sabah bertarikh pada 7-10 Disember 2011 dan diberi nama ISTAF Super Series Musa Cup Sabah. 


Tarikh : 7- 10 Disember 2011
Tempat : Likas.


Tahniah kepada peminat sepaktakraw Negeri Sabah kerana dapat melihat secara lebih dekat kejohanan yang berprestij ini..\
Antara pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini:-


MALAYSIA
THAILAND
INDONESIA
MYANMAR
LAOS
KOREA
JEPUN
SINGAPURA
BRUNEI
USA
BRAZIL


Dan banyak lagi.....


mari datang beramai-ramai memeriahkan lagi kejohanan ini...
Berpeluang melihat secara lebih dekat Pasukan handalan TAKRAW DUNIA...



Undang-undang Permainan Sepaktakraw (sistem kiraan baru)

SISTEM KIRAAN MATA
  1. Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan.
  2. Setiap set dimenangi oleh regu yang mendapat mata lima belas (15) dengan kelebihan minimum dua (2) mata.
Bila regu terikat mata 14-14, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua (2) mata atau mana-mana regu mencapai mata tujuhbelas (17) ( yang mana dahulu ).
Apabila regu terikat mata 14-14, maka pengadil akan membuat pengumuman ’lanjutan mata 17’
 3. Setiap perlawanan ( Regu dan Double ) dijalankan dalam 5 set ( best of 5-set ) dua minit rehat antaranya dan di mana regu yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira  memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua ketiga, keempat dan kelima.
Dalam perlawanan Berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set ( best of 3-set ) dengan 2 minit rehat antaranya dan di mana pasukan yang memenangi 2 set terdahulu daripada 3 set dikira memenangi perlawanan. Set akan dikenali dengan set pertama, kedua dan ketiga.

4. Dalam set kelima (acara Regu dan Double) dan set ketiga (acara Berpasukan), tukar petak gelanggang akan dilakukan apabila satu regu mendapat mata 8.

REHAT (TIME-OUT)
1. Setiap Regu berhak meminta satu minit rehat ( time out ) sekali untuk setiap set.
Rehat boleh diminta oleh Pengurus pasukan atau Jurulatih semasa bola tidak berada dalam permainan.
Cuma 4 orang pemain sahaja bagi setiap regu dibenarkan berada di belakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk acara Double, 5 orang pemain untuk acara Regu dan 6 orang pemain untuk acara berpasukan.
Tidak ada lagi rehat yang di berikan secara automatik

Sumber PSM